Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka

>> Thursday, May 25, 2006


Salam Reformasi,

Lawan Tetap Lawan’ itulah slogan yang sering di ungkapkan olehku kepada rakan2 kira2 enam tahun yang lalu. ‘Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka’ itulah jua kata2 keramat yang meresapi jiwaku merujuk kepada penangkapan dan penahanan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan itulah juga ungkapan dan pelekat yang terlekat gagah di kenderaanku dan di tepi kerusi rodaku ketika masih dirawat di hospital kira2 empat tahun lalu. Kerusi roda yang dahulu sinonim dengan DSAI kini bertukar ganti kepadaku, rupanya akulah pemilik kekal kerusi roda itu.

‘Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’ itulah yang menimpa diriku. Aku yang satu masa dahulu lantang dan gagah mengharung arus gelombang ledakan reformasi bersama-sama ribuan reformis yang lain kini terkulai layu sendirian meniti waktu2 getir. Masih segar dalam ingatanku bersama berkumpul di setiap demontrasi jalanan di sekitar Jln TAR, Sogo, Dataran Merdeka dan Kg.Baru di sekitar tahun 1998/1999.

Masih kuingat lagi ketika pembebasan saudara Mahfuz Omar dan saudara Lim Guan Eng dari penjara Kajang, aku menunggang motor kesayangan bersama anakku dengan bangga mengibarkan bendera Barisan Alternatif mengelilingi Bandar Kajang meredah lebuhraya Sg. Besi menuju Taman Melewar, Gombak.

Peristiwa 14 Apr’1999 atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Black 14’ masih segar dalam memoriku, itulah tarikh jatuhnya hukuman terhadap DSAI. Di pusat Bandar dan mahkamah hari itu di banjiri oleh ribuan penyokong DSAI termasuk diriku. Di setiap jalan dan lorong di pagari oleh polis dan FRU.

Ibu Negara Kuala Lumpur gawat seketika, di sekitar Jalan Tun Perak, Jalan TAR dan Masjid Negara menjadi penuh sesak di penuhi dengan sepanduk2 menyokong DSAI. Rakyat bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati di atas hukuman yang di kenakan terhadap DSAI. Di sana sini terdengar laungan ‘reformasi! reformasi!, ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’ dan ‘Rakyat Hakim Negara’. Trak2 polis dan ‘water canon’ sebok ke hulu ke hilir menyuraikan para demontrasi. Kemarahan rakyat pada masa itu tak dapat dibendung lagi….

Begitu juga dengan himpunan rakyat di sepanjang lebuhraya Kesas menuju ke Jalan Kebun, semuanya masih segar dalam lipatan memoriku. Perhimpunan yang di sertai oleh berbagai lapisan rakyat termasuk Datin Seri Wan Azizah yang ketika itu duduk menggunakan kerusi roda. Masih teringat lagi pedihnya gas pemedih mata dan pancutan air yang dilepaskan dari ‘water canon’ oleh pehak polis bagi menyuraikan perhimpunan rakyat. Petang itu aku terpaksa meredah hutan bersama rakan2 melarikan diri untuk mengelak dari ditangkap oleh pehak berkuasa kerana hadir dalam perhimpunan tersebut. Dalam hiruk pikuk, motorsikal virago kesayanganku terpaksa di tinggalkan ditepi lebuhraya, bila hari menjelang senja barulah aku keluar pergi mendapatkan motorsikalku. Tapi ketika itu di dapati motorsikalku berada didalam longkang dengan kesan2 kerosakan, biasalah tuu…bak kata DSAI ‘Kalau takut dengan risiko, jangan sebut soal perjuangan’

Kini peristiwa itu telah lama berlalu pergi, melihat keaadanku ketika ini, teringatlah akan aku pepatah melayu ‘Kawan ketawa memang ramai, kawan menangis sukar dicari’ Itulah yg terjadi padaku, satu demi satu rakan2 seperjuanganku menghilang diri. Ya lah….apalah yang ada lagi pada aku yang telah lumpuh ini, tiada apa lagi sumbangan yang dapat diberikannya, tak sebanyak dan sebesar manapun sumbanganku dan penglibatanku di dalam perjuangan ini jika di bandingkan dengan rakan2 reformisku yang pernah ditahan oleh pehak berkuasa.

Sampai disini. salam reformasi buat DSAI dan semua rakan seperjuangan. 'Lawan Tetap Lawan'.

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP