Catatanku... 17 April' 1999
>> Tuesday, April 17, 2007
Tarikh-tarikh 4 April’1999, 14 April’1999 dan 17 April’1999 tidak pernah aku lupa setiap kali hadirnya di dalam kalendar hidupku. Walaupun diriku sudah semakin jauh dengan detik-detik itu dan diri ini semakin hilang dari ingatan mereka, tetapi sesungguhnya aku tidak pernah melupakannya.Adakalanya aku merasakan diri ini ibarat ‘Pungguk rindukan bulan’, sedangkan bulan langsung tidak menghiraukan rindu si pungguk. Bulan yang suatu masa dahulu gerhana kini kembali menyinar. Di kelilingi oleh kicauan dan siulan burung-burung yang cantik berbanding si pungguk. Aku hanya si pungguk yang hodoh, yang tetap setia merindui bulan…entah sampai bila?
“Ooh burung pungguk, malang nasibmu, rupamu buruk tak siapa yang mahu,”antara lirik lagu Dato Sharifah Aini bercerita tentang nasib si burung pungguk.
17 April 1999 tiga hari selepas ‘Black 14’. Aku di maklumkan bahawa satu demontrasi besar-besaran akan di adakan di sekitar pusat bandar anjuran pelajar IPTA dan IPTS. Aku pun tidak mahu ketinggalan ingin turut serta. Se awal waktu zohor aku sudah berada di dalam Masjid Jamek bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Ramai sungguh jemaah petang itu. Sementara menanti masuknya waktu Asar kami berbual-bual dan berkenal-kenalan. Pandang memandang antara satu sama lain. Perasaan curiga mencurigai tetap bermain di hati, manalah tahu takut-takut ada di antara kami bukan pendemontrasi tetapi angota polis. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah banyak kali kami lalui.
Selepas selesai sholat Asar, kedengaran pembesar suara dari luar masjid mengarahkan kami keluar dari kawasan masjid. Di luar telah bersiap sedia sepasukan polis dengan dua buah trak sedia menggangkut kami. Ramai rakan-rakan yang terkantoi, aku bernasib baik terlepas dari pemereksaan polis. Bagaimana aku terlepas? bacalah catatanku yang terdahulu di sini
Setelah pehak polis beredar kami berkumpul semula. Bermula dari Pasar Seni kami berarak beramai-ramai melalui perhentian Bas Stand Kelang, Jalan Cheng Lok menuju ke Puduraya. Sambil berarak kami menyanyikan lagu patriotik ‘Barisan Kita’ yang telah di ubah suai liriknya. Antara liriknya ‘Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, menuju REFORMASI’.
Sesampai di depan Puduraya, helikopter polis pun berlegar-legar di ruang udara memantau pergerakan kami. Kami teruskan perarakan sehingga di depan hotel Swiss Garden di Jalan Pudu. Seperti yang di jangka, sepasukan FRU tiba untuk menyuraikan kami. Seperti biasa kami bertaburan lari menyelamatkan diri, lari bukan kerana takut tetapi lari mengatur strategi….hehehe.
Kami berkumpul semula di Masjid Kg. Baru untuk memulakan demontrasi pada malamnya. Inilah coretan dan kenanganku pada 17 April 1999, kira-kira lapan tahun yang lalu. Kini semua tinggal kenangan buatku, aku kini tidak sekuat dahulu dan tidak mampu berlari seperti dahulu lagi.
04 April’1999 - Penubuhan Parti Keadilan.
14 April’1999 - Tarikh jatuh hukuman DSAI dan tarikh ‘Black 14’.
19 April’1999 - Demontrasi.
Sesampai di depan Puduraya, helikopter polis pun berlegar-legar di ruang udara memantau pergerakan kami. Kami teruskan perarakan sehingga di depan hotel Swiss Garden di Jalan Pudu. Seperti yang di jangka, sepasukan FRU tiba untuk menyuraikan kami. Seperti biasa kami bertaburan lari menyelamatkan diri, lari bukan kerana takut tetapi lari mengatur strategi….hehehe.
Kami berkumpul semula di Masjid Kg. Baru untuk memulakan demontrasi pada malamnya. Inilah coretan dan kenanganku pada 17 April 1999, kira-kira lapan tahun yang lalu. Kini semua tinggal kenangan buatku, aku kini tidak sekuat dahulu dan tidak mampu berlari seperti dahulu lagi.
04 April’1999 - Penubuhan Parti Keadilan.
14 April’1999 - Tarikh jatuh hukuman DSAI dan tarikh ‘Black 14’.
19 April’1999 - Demontrasi.




6 comments:
Reformasi!Perjuang harus diteruskan...Yeah..yeah.
Masa reformasi dulu hairi pernah kena siram dengan air kimia sampai gatal2 satu badan.Kena ketuk dengan cota.Kena gari tapi dapat lari dengan gari tu skali.he..he..he.Nasib baik mak tak tau kalau tak...mampus!
Sesungguhnya pengalaman itu tidak boleh dibeli..
Azuna masih simpan mug, pelekat dan lencana reben putih lambang reformasi. Kenangan silam masih tersemat diingatan ks...lawan tetap lawan..:)
ermm..nak merubah sesuatu yg dag tegar dlm jiwa manusia memang susah.tp sumenya kena ada permulaan....chewah!!
banyak manalah peruntukan tetiba yg diberi pada kawasan Ijok agaknye ye...huhuhu
Sememangnya zaman reformasi adalah kenangan terbaik dalam hidup yang semakin singkat, ketika darah muda yang berbekalkan semangat patriotik menyingkap kemarahan.
Saya dibuang kerja 24 jam sebaik pilihanraya, membawa diri ke timur tengah dan barubaru ini di Dubai sempat bercerita dengan DSAI mengenai masa lalu...
hairie kalau dah sampai kena gari tuu kira terror ler..hihihi.
saridah...pengalaman yg tak mungkin dilupakan.
azuna...wah byk koleksi barang reformasi yer, abis duit belanja sekolah beli benda2 tu ek.
epel peruntukan 36 juta tetiba dtg ke ijok...kelakar yer.
fuzail sampai kena buat kerja ya, sdr tentu hebat org nya, perjuangan yg belum selesai..........
Post a Comment