Salam Hormat Dari Kassim Selamat

>> Monday, December 11, 2006

Gambar Ihsan dari Batuapi @saluran lawaktainment anda

Aku lebih senang di kenali sebagai Kassim Selamat @lagendabuta. Wajahku tidaklah setampannya. Hanya menumpang namanya saja.

Aku di lahirkan sebagai insan normal. Ketika usiaku menjenguk ke angka 40, musibah singgah menyapa diriku. Aku lumpuh dari paras dada ke bawah akibat demam denggi pada 20 Jun' 2002 Dari saat itulah aku mula menyarung jersi orang kurang upaya (OKU).

'Life Begin at Fourty'. Itulah kehidupan dan dunia baruku sebagai OKU. Sememang berat bagiku mengharungi kehidupan baruku ini. Secara tiba-tiba fizikal, mental dan rutin seharian kehidupanku berubah sama sekali. Ibaratkan taufan 'tsunami ' yang melanda pantai. Sekelip mata kehidupanku berubah. Terkejut, terkedu, tiada persiapan yang ku buat. Tiada ku sangka begini rupanya penghujung hidupku.

Meskipun begitu aku tetap bersyukur ke hadrat Allah kerana memberiku peluang untuk terus bernafas di dunia ini.

Kisah-kisah yang terpapar di sini adalah rentetan-rentetan hidupku di zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan di usia 'senja' ini.

Bukanlah tujuanku untuk meraih simpati, membangga diri apatah lagi mengaibkan sesiapa. Kisah-kisah ini adalah realiti kehidupanku. Bukan untuk mengeluh atau tidak redha atas apa yang menimpaku tetapi sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman.

Memang telah lama aku ingin mengabadikan kisah kehidupanku ini, tapi baru saat ini 'jariku' mampu untuk menzahirkannya. Jika ada yang baik boleh di jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Klik untuk tahu tentang
Penyakitku

Salam hormat dariku...

Kassim Selamat "Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka "
@lagendabuta

62 comments:

syal_ina@yahoo.com May 28, 2006 10:38 AM  

Assalamualaikum,
salam perkenalan.

Setiap orang, setiap makhluk yang dicipta-Nya ada hak untuk hidup bahagia di pentas dunia ciptaan-Nya ini. Adat dunia, bagai laut ada pasang ada surutnya, ibarat roda, yang sentiasa berpusing dan kita manusia selalu keliru oleh permainan hidup. Kita pun tidak tahu apa yg akan terjadi esok. Kadang2 hidup bagai teraba dalam kegelapan malam. Carilah suis dan carilah cahaya. Tidak ada yg boleh mengatakan kita gagal kecuali kita sendiri.
KS tidak sendirian, sentiasa ada yg Maha Kuasa untuk membantu. Ada Chombi yg setia (tabik!), anak2 remaja harapan ayah ibu, insan2 lain yg sudi menghulurkan bantuan. Hidup Kasim Selamat!

Pak Ngah June 11, 2006 6:20 PM  

Nasib kita mungkin lebih kurang sama saja. Cuma saya lebih dulu 10 tahun menyarung jersi OKU pada usia yang masih muda ketika itu. Malah masih menuntut di salah sebuah IPTA.

Sedikit sebanyak saya telah menulis kisah itu iaitu "Peristiwa 13 Ogos 1992 Mengubah Aku Menjadi OKU" di Weblog Anything About Disabled People http://ogos1992.blogspot.com/

Ada banyak lagi kisah yang belum saya siarkan dalam buku OKU yang saya cuba buat setebal kira-kira 50 mukasurat.

Insyallah akan di siarkan secara perlahan-lahan kemudian.

Salam dari sahabat OKU.

K@ssim Sel@m@t June 12, 2006 7:49 PM  

Kepada rakan yg melawat blog 'namunku punya hati', oleh kerana masalah teknikal blog tersebut tidak dapat di update kan lagi.

Sila ke blog 'Nostalgiaku' untuk kisah2 baru.
http://kassim8888.blogspot.com/

Kassim Selamat

SuFi June 20, 2006 11:42 AM  

Assalammualaikum,
sebelum ni baca penulisan KS melalui relexjap je.skrg dah jenguk2 blog.menarik citer2 KS.di sebalik senyum,ada pengajaran dan ikhtibar yg boleh Fith ambil.Teruskan menulis!
salam

alzun June 20, 2006 12:37 PM  

melayari dan menyusuri bait-bait cerita saudara kassim selamat, membuatkan diri ini rasa begitu insaf sekali. Sebagai hambaAllah yg dilahirkan normal, yg terbiasa dengan segala kesenangan fizikal yg dikurniakan DIA..mmg adakala kita lupa dan lalai seketika. Kita gunakan setiap saat segala pemberian Allah..namun lupa utk mengucapkan terima kasih padaNYA.Malah merungut pula bila berlaku kesakitan wp hanya sedikit aje.

Insaf saya dgn musibah yg menimpa saudara..sbg insan yg begitu aktif ketika sihat tentu sekali segala apa yg menimpa saudara menuntut kesabaran yg begitu tinggi sekali.

namun syukurlah..semangat dan kasihsayang yg begitu tinggi nilainya dari isteri dan anak2..saudara masih ada mereka..dan mereka jua teramat sayangkan saudara walau saudara tidak lagi spt dulu...

sbg isteri, ibu dan insan yg normal..ia memberi pengajaran yg tinggi bagi saya..agar terus berusaha utk menjadi isteri dan ibu solehah..serta hambaNYA yang bersyukur..

saudara kassim..moga hari2 yg mendatang akan memberi erti yg lebih indah utk saudara..wp hari ini dah tak spt hari semalam..

bwasi June 20, 2006 1:55 PM  

Tahniah Kassim Selamat !
Walaupun jasmani kurang upaya
Tapi semangat masih kental...
Memang saya berasa insaf dg nasib Kassim...
juga saya pun ada sahabat2 yg OKU

wagiman June 30, 2006 4:45 PM  
This post has been removed by a blog administrator.
K@ssim Sel@m@t June 30, 2006 9:38 PM  
This post has been removed by a blog administrator.
Paraplegia July 01, 2006 12:56 AM  

Fuhh...

Sedapnya Wak wagiman berceloteh...

Mungkin dia masih belum memahami jiwa orang normal yang menjadi OKU.

tetraplagia July 01, 2006 11:37 AM  

Aku boleh menerima sebarang nasihat dan teguran tapi biarlah teguran yg membina bukan yg menghina.

Salahkah aku dan berdosakah aku menoleh kebelakang mengingati kehidupan lampauku?

Pak Ngah July 14, 2006 11:03 AM  

Dengan terciptanya cip bionik di London, maka harapan OKU yang lumpuh untuk berjalan semula semakin menjadi kenyataan.

Di Jepun pula di cipta kerusi roda berkaki bukan menggunakan tayar.

Perkembangan sains akan datang mungkin menyelesaikan masalah paraplegia dan tetraplegia/ Quadraplegia.

Amiene Rev August 22, 2006 11:59 PM  

Ketabahan tidak akan menghapuskan derita, tetapi kebahagiaan yang terhasil dari ketabahan itu akan memadamkan derita.

Kerana menerusi ketabahan itu, akan mengajar kita erti bersyukur terhadap takdir yang harus kita lalui...

neeziee August 24, 2006 5:48 PM  

salam hormat gak.

abdullahjones August 25, 2006 1:10 AM  

:)

Miss Arwen August 25, 2006 4:48 PM  

assalamualaikum Bro KS,

sarah rasa agak terluka membaca ulasan bro atas komen yg diberikan oleh wagiman tu.

siapakah kita untuk menghukum sesorang?? kita ini hanyalah HAMBA Allah. tak layak untuk kita menjatuhkan hukuman kepada hambaNya yg lain. Bagi Sara, ditimpa musibah bukan bermakna kita dimurkai Allah, lihatlah para Rasul dan tabiin, pelbagai ujian yg lebih dahsya diberikan kepada mereka. itu tanda Allah masih sygkan kita. Allah Taala mahu memberi peluang kepada kita kembali mengingati Nya. mungkin selama ini kita agak lupa, bila datang ujian itu, pasti kita akan tersedar. dan masih tidak terlambat untuk kita bertaubat kepada Nya.

noamee September 30, 2006 8:58 PM  

sesungguhnya Allah maha mengetahui..saya berharap bro kassim akan sentiasa tabah mengharungi kehidupan ini yer...saya bersimpati nasib yg menimpa bro kassim...sebagaimana bro melalui liku2 hidup yg penuh dgn kesedihan,saya juga telah melaluinya...anak sulong dan ketiga saya mengidap sejenis penyakit genetik..kedua2 telah meninggal dunia,yg sulong telah hanpir 8 thn meninggalkan saya manakala yg ketiga baru saja meninggal bulan mei yg lalu..selama 4 thn arwah hidup..dia hanya memakai ventilator utk membantunya bernafas dan yg lebih sedih setiap kali saya melihat keadaanya yg tidak boleh bergerak atau dlm erti kata sebenar arwah anak saya lemah dan longlai..hanya terbaring..setiap masa saya perlu menyedut lendir2 yg ada..semoga bro kassim terus tabah..amin!!

dingin November 06, 2006 8:17 PM  

kagum

kamu punyai semangat yang bisa aku kagumi,

kerna semangat seprti kamu hanya bisa dimimpi aku

-imm- November 24, 2006 6:29 PM  

assalamualaikum...
salam perkenalan dari saya..imm.. ketabahan abang kassim dan kesabaran isteri abang merawat abang menjadi motivasi buat imm...dari jauh imm doakan agar abang kassim bisa sembuh ...

~wa in min shai'in illa yusabbihu bihamdih~ December 09, 2006 12:48 PM  

Assalamu'alaykum, Alhamdulillah, setiap detik abang kassim berpahala, tersimpan kukuh di sisiNya. Isteri yang solehah, memang penawar derita. Salam kenal.

~Azma~

Ujang_MD December 10, 2006 3:09 PM  

Assalamualaikum..
Ujang baru dapat tahu this blog.. Bila Ujang baca setiap entry kassim.. Ujang rasa sedih, insaf.. semua ada.. Tabahkan hati... life must go on.. apapun kasim tetap bahagia kerana masih ada orang lagi si sisi.Take care

jaffrizaini December 12, 2006 12:42 PM  

salam perkenalan KS dan keluarga. saban hari melayar internet sringkali ketemu blog yang penuh kisah suka. tapi kali ini cukup berbeza. ada peringatan buat insan yang masih 'sempurna' termasuk saya bahawa hari ini hari orang hari kita diuji Allah entah bila .. terima kasih KS, blog ini menyedarkan ttg sesuatu. mudah2an KS beroleh rahmat-Nya.

hayat December 20, 2006 2:54 AM  

Selamat berkenalan.Blog ni amat menarik.Saya terbaca masa balik bercuti ke Malaysia masa menyambut Hari Raya Aidil Fitri baru baru ni.Saya faham apa yang KS rasa sebab saya seorang Jururawat dan pernah juga bekerja di ICU Tawakal Hospital satu masa dulu.You have to be strong always.Your wife is a good nurse to you.

Has December 26, 2006 9:56 AM  

Salam perkenalan KS.
Saya terjumpa blog anda semasa saya buat yahoo search "kenapa yasin dibacakan kepada orang mati."

Be strong, bagi orang yang mulia disisi Allah, kehidupan didunia ini ibarat penjara. Agak sukar merealisasikannya apabila berada didalam kemewahan dan segala keupayaan. Anda dan juga saya rasa saya amat bertuah kerana ada yang tercinta disisi.

Anonymous January 20, 2007 11:47 PM  

Salam kenal,

Saya terjumpa KS dalam Sentraal station chatbox hampir 2 minggu lalu semasa saya di KL dan telah membaca archieved entry.

Saya sangat kagum dengan ketabahan KS serta pengorbanan isteri KS mengharungi dugaan hidup. Hidup mesti diteruskan walau apapun dugaan yang diberikan oleh Nya.

Saya akan selalu singgah disini, Insyaallah.

K@ssim Sel@m@t January 22, 2007 8:40 PM  

terima kasih hayat, has, anggerik merah dan semua diatas komen2 yg di berikan.

Anonymous February 03, 2007 6:52 PM  

Setiap insan tercatat suratan
Setiap detik waktu perjalanan
Jangan insan engkau kesalkan
Setiap kejadian rahmat Tuhan

Anonymous February 05, 2007 9:43 AM  

Very nice site! »

blackpurple February 08, 2007 2:46 PM  

Suka dengan cerita-cerita kau. Sekurang-kurangnya kau jujur.

Namun ku punya hati. Kau juga...

K@ssim Sel@m@t February 08, 2007 9:22 PM  

blackpurple...kau punya hati begitu jugak aku..

kau punya kaki...tetapi tidak padaku.

sekadar menghibur hati...hehehe

Asal Turabiy February 17, 2007 12:50 PM  

salam
respon kepada Abang Kassim dalam entri saya Nostalgia...buatku tersenyum
terima kasih kerana sudi melawat.
saya banyak belajar dari blog Abg Kassim
moga perkongsian ini dapat memanfaatkan untuk dapat kita mengenal diri
Terima kasih Abg Kassim!

Mumtazah : : - Kita Jauh Tapi Dekat - : : February 20, 2007 9:34 AM  

Assalamualaikum encik. Cuba encik sapukan MADU pada luka-luka yang encik alami. InsyaALLAH. Cubalah. Saya dapat petua ini daripada ayah saya. Kalau boleh dapatkan madu yang terbaik lah. Madu boleh mengeringkan luka.

azlina_mumtazah@yahoo.com

jebat February 24, 2007 10:43 PM  

salamz....sedih lagu~:'(

nuu_OL February 28, 2007 1:20 AM  

saya kagum dengan ks.sy pun tak pasti adakah sy mampu menjadi setabah ks..saya doakan semoga ks berbahagi dan sentiasa di rahmati ALLAH

K@ssim Sel@m@t February 28, 2007 10:29 PM  

terima kasih di atas komen2 yg diberikan, sy amat2 hargainya tetapi tidak mampu utk menjawab satu persatu oleh kerana masalah kesihatan sy.

Sri Diah March 12, 2007 11:56 PM  

Salam utk KS sekeluarga;
Apa yang dicoret dalam blog saya mengembalikan kenangan zaman kita bersekolah dulu... Faridah dan Mastura masih kerap saya jumpa di BTR, masing-masing sudah berkeluarga. Mungkin satu hari nanti kita boleh atur pertemuan kawan-kawan lama. InsyaAllah. Salam utk yr good nurse dan anak-anak. Salam.

K@ssim Sel@m@t March 14, 2007 9:17 PM  

Salam Sri Diah, memang seronok zaman persekolahan dahulu.

Faridah dan Mastura tuu pengawas...muka serius jer, serius2 pun Faridah tuu pernah menjadi pujaan hati saya...hahaha

Anonymous March 18, 2007 5:20 AM  

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. video editing programs

kak long putrajaya March 18, 2007 6:56 PM  

sedang merayau2 di dunia siber, sambil tunggu anak balik dr main petang, ter'jengok' ke laman web abang. what can i say... i m so touched. dengar lagu dan hanya baca beberapa posting buat saya tak mampu untuk teruskan bacaan. sedih.. harap abang dan family tabah hadapi dugaan dari Allah ini. i ll be back.

K@ssim Sel@m@t March 19, 2007 12:43 AM  

terima kasih kak long berkongsi sedih, jgn lupa ziarah lagi. InsyaAllah sy kuatkan semangat.

Web Sutera March 28, 2007 12:24 AM  

Subhanallah. Itulah cinta Allah pada saudara. Tidak semua yang kita impikan menjadi kenyataan, namun semua ada hikmah. Allah saja Maha Tahu.

K@ssim Sel@m@t March 30, 2007 12:34 AM  

terima kasih web sutera. ini cuma ujian kecil di dunia ini. moga Allah ampunkan dosa2 ku.

manjlara April 03, 2007 11:14 AM  

selamat meneruskan penulisan, lara takkan berhenti membacanya :D

MINAH CELOTEH April 09, 2007 9:54 PM  

Singgah disini sebentar utk jengok2. Ternyata banyak yg dpt di renungkan bersama disini. Terima kasih.

Anonymous April 25, 2007 10:43 AM  
This post has been removed by a blog administrator.
Afyan June 11, 2007 5:32 PM  

Kisah Kassim Selamat versi 2007 ada saya coretkan di sini

http://afyan.com/ver1/?p=31

:)

Anonymous June 12, 2007 4:04 PM  

Salam sejahtera KS,
Saya sebak untuk meneruskan rentetan kisah saudara. Semoga saudara beroleh ketenangan dan kebahagiaan di sisi isteri isteri dan anak2 yang mulia. Ketahuilah, setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Tuhan sentiasa memberikan ujianNya untuk melihat sejauh mana keimanan kita. Ketahuilah, di luar sana, lebih ramai yang lebih menderita. Doa saya sentiasa bersama saudara..

Yane PJ.

Kak Lady July 04, 2007 11:05 AM  

Assalamualikum....

Salam buat saudara....saya dari blog adiejin....

Baru pertama kali ke mari dan membaca kisah saudara yang diberikan Allah ujian yang amat hebat.

Sebak membaca kisah saudara...namun apa yang diberikan Allah ade hikmahnya...itulah yang sering saya katakan apabila ada saja musibah yang melanda...kerana segala yang menimpa adalah takdir yang telah ditentukan Allah...

Bersyukur saudara mempunyai isteri yang setia mengurusi saudara dan sentiasa berada disisi saudara...moga Allah memberikan segala kebaikan padanya..

Moga saudara dan isteri saudara tabah menghadapi dugaan hidup ini...Ameen....

K@ssim Sel@m@t July 04, 2007 6:15 PM  

Assalamualaikum,
Niat di hati ingin kubalas satu persatu komen kalian tapi apakan daya tenaga dan jariku tak mampu berbuat begitu.
Setiap komen kalian pasti dan jadikan panduan untuk teruskan kehidupan ini.

Bak kata iklan petronas 'Jalan mesti ke depan bukan kebelakang' ingat tu....hehehe

Terima kasih wahai teman2 ku............

K@ssim Sel@m@t

wardahkudus July 30, 2007 6:09 PM  

KS, nabi kalau tak diuji sehari, akan menangis kerana takut kepada lalainya hati dari mengingati Tuhan.

Setiap anak Adam akan diuji sehingga dia ada di muka bumi ini tanpa menanggung sebarang dosa pun.

Gunakan ujian dan masalah yang datang sebagai peluang memperbaiki diri dan iman. Mungkin saat kita tidak boleh bangun ini, kita lebih banyak masa untuk meneliti ayat-ayatNya, lebih banyak masa bersamaNya.

Memang senang mulut saya bercakap tanpa saya merasainya. Tapi apa lagi sumbangan yang saya boleh berikan sebagai temman seperjalanan di perhentian dunia ini selain kata-kata nasihat dan peringatan supaya kita sama-sama dapat sampai ke destinasi kita, akhirat dengan amalan soleh.

Semoga tabah!

Lastly, terima kasih kerana sudi menulis blog. Jasa KS dikenang sampai mati~

izali September 17, 2007 7:30 AM  

salam,

sy begitu cemburu melihat org lain menerima ujian dr Allah. Itu tandanya dia disayangi dan dikasihi Allah spt mana Allah menguji para anbiya', sahabat dan tabiin.

Ujian yg sy terima hanya sedikit, takut jadi seperti firaun yg langsung tidak pernah sakit tapi dilaknat Allah. Nauzubillah...

Btw, sy link blog sdr.

Nasron @ Bob October 16, 2007 3:23 PM  

Assalamualaikum wr. wb.

Saya temui weblog encik dari Sahabat Blogspot. Tak sangka encik OKU. Saya baca beberapa tulisan encik dan rasa sungguh terharu.

Saya tak pernah jadi OKU. Tapi saya pernah (waktu masih di IPTA) secara tiba2 tidak bermaya, macam orang lumpuh. Kawan-kawan saya terpaksa angkat saya. Saya seperti tiada rasa / deria. Saya kena sekejap saja dan saya tak tahu apa puncanya. Tapi beberapa minit itu telah membuatkan saya insaf dan sedar bagaimana rasanya lumpuh.

Alhamdulillah, kini telah berbelas tahun dari peristiwa tersebut, tidak pernah berulang kembali. Syukur kepada Allah. Saya sedar, saya tidak setabah encik dan isteri saya pun tidak sehebat isteri encik. Semoga semuanya baik2 belaka. Semoga encik sembuh secepatnya.

Saya cadangkan encik cuba berendam di kolam air panas semulajadi. Di Malaysia ada beberapa tempat. Selain dari kaedah urutan, kaedah tenaga haba juga boleh membantu. Sebab saya dapat tahu dari kawan saya yang emak dia lumpuh.

Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

shakirah October 26, 2007 10:02 AM  

Salam Lebaran to En Kassim. Saya bermuhasabah diri seketika slps membaca blog Encik. Semoga terus tabah dalam hidup..

iwuzere January 23, 2008 5:31 AM  

assalamualaikum en. Kassim..coretan encik byk menginsafkan saya..niwei be strong n positive..sampaikan salam saya pada keluarga encik..

manJe January 28, 2008 11:36 AM  

Assalamualaikum

salam perkenalan. kite harap KS akan dapat tabahkan hati menghadapi dugaan hidup dari Allah dan di samping keluarga yang tersayang...

Amar Mahmood February 23, 2008 7:36 PM  

Salam Kemakmuran buat saudara KS.

Tak tahu kenapa hari ini mahu meninggalkan salam buat saudara. Selalu juga ada menjenguk di blog ini.

Saya doakan saudara KS mendapat kesejahteraan dan diberikan kekuatan dalm kehiudpan saudara setiap hari.

Moga saudara KS sentiasa ceria dan gembira. Dan teringin saya berjumpa dengan saudara suatu hari nanti.

wanwma March 02, 2008 9:09 AM  

Ya Allah...tentulah anda seorang yang hebat yang mampu untuk menerima ujian ini. Seringkali saya berfikir sekiranya suatu masa saya diuji dengan kecacatan oleh tuhan yang maha esa, mampukah saya menaggungnya?

Allah tidak akan menguji manusia lebih dari kemampuannya..Subhanallah...syukurlah Allah memilih saudara, kerana saya yakin, Allah tahu saudara seorang yang tabah dan beriman kepadanya, tiada perkara yang lebih penting di dunia ini melainkan kasih sayang Allah kepada kita...

Dunia ini hanyalah laluan samada ke syurga atau nekara..teruskanlah berdahwah, saudaraku...

harizamrry April 02, 2008 10:09 PM  

tumpang membaca kisah hidup saudara.

Anonymous April 17, 2008 6:52 PM  

Salam KS..Sesungguhnya KS bertuah mempunyai seorg gadis comel yg setia meniti bahagia dan begitu tabah menghadapi duka bersama...sabar dan redha adalah 2 perkara yg sesetgh org sukar untuk menerima. Allah Maha Mengetahui dan Mengasihani...

mountdweller June 23, 2008 9:52 PM  

saya menumpang sedih terhadap apa yang telah menimpa saudara. walau bagaimana pun setiap sesuatu yang Allah takdirkan itu ada hikmahnya. bersabarlah saudara. Allah maha pemurah dan maha berkuasa. bermunajadlah banyak-banyak untuk kesejahteraan saudara. Allah berkuasa mengambil dan memberi/memulangkan. dari Nya kita datang kepada Nya kita kembali.

addyaholix September 18, 2008 2:50 PM  

Salam buat saudara,
Jumpa blog saudara selepas saya google search untuk cari bahan bacaan baru.

Tulisan saudara buat saya bersyukur dengan apa yang saya miliki. Saya pernah patah kaki dan tulang belakang sehingga hampir lumpuh. Berkat kesabaran saya sembuh dan mampu berjalan seperti biasa.

Tapi saya sering merungut sebab saya tidak lagi seperti dulu bebas berlari sesuka hati. Hanya kerana tak lagi dapat duduk bersila saya sering marah-marah. Kecil kan ? Baru saya sedar saya tak pernah bersyukur dengan apa yang saya ada.

Saudara memberi kekuatan buat saya.

Semoga saudara terus sihat dan dilindungi rahmat-Nya Insyaallah. Moga segala urusan juga dipermudahkan oleh yang maha esa. Doa saya sentiasa ada untuk saudara.

Saudara juga bertuah punya isteri seteguh dia !

jundi April 16, 2009 6:10 PM  

Assalamualaikum...
buat abg kassim...

tempihulah hidup ini dengan kesabaran, saya yakin abg boleh menghadpi semua ini dengan tabah...manusia di uji dgn berbagai2 ujian...

jgn berputus asa dgn rahmat Allah...kehidupan di dunia hanya sementara..akhirat juga yang kekal abadi....

moge satu hari nanti ada sinar kebahagiaan buat abg....

ct October 11, 2009 11:14 AM  

kadang-kadang bila kita di uji, rasa diri sedih dan rendah diri. Kenapa kita yang di hukum sebegini, tapi bila kita nampak orang lain lagi azab dari kita, kita jadi lembut hati..

Hope KS kuatkan semangat, moga apa yang berlaku ada sinar untuk KS..

  © Blogger template Artsy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP