Nostalgiaku
Sebuah Catatan Kehidupan Dari Seorang Yang Dilahirkan Normal Tapi Ditakdirkan Hilang Upaya Di penghujung Hidupnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh...Nak Cerita Tentang Insuran

Friday, November 23, 2007

Hari ini aku nak bercerita dan berkongsi sedikit info berkaitan Insuran. Bukan nak jual Insuran ya!! (^_^).

Untuk makluman kalian sebelum aku jatuh sakit aku bekerja di sebuah syarikat Reinsurance sementara isteriku bekerja di syarikat Insuran. Kami bukan ejen Insuran tapi pekerja tetap syarikat tersebut. Aku berkerja di MNRB (M'sian National Reinsurance Bhd) sementara isteriku bekerja dengan Tahan Insurance Berhad (promote sikit majikan lama...hehehe). MNRB Holding Bhd adalah syarikat induk Takaful Ikhlas Sdn Bhd dan Malaysian Reinsurance Bhd (sekarang Malaysia-Re dulu MNRB) .

Syarikat Insuran adalah syarikat yang menjual produk insuran. Samada insuran kenderaan, insuran nyawa, kebakaran, kemalangan dan banyak lagi. Sementara syarikat Reinsurance pula ialah syarikat penanggung 'Insuran Semula' yang memberi perlindungan kepada syarikat-syarikat Insurans. Di negara kita terdapat berpuluh-puluh syarikat Insuran sementara syarikat Reinsurance cuma ada satu sahaja di Malaysia iaitu MNRB (tahun 2002). Sekarang mungkin terdapat lebih daripada satu syarikat Reinsurance...aku tak pasti! Tujuan di ujudkan syarikat Reinsurane agar premium insuran tempatan tidak mengalir keluar ke luar negara (agak teknikal sedikit nak di ceritakan)

Bagaimana proses insuran berlaku :

1. Unclej beli polisi insuran kereta di Kurnia Insuran dengan Premium dibayar sebanyak RM 500.
2. Daripada jumlah RM500, Kurnia hanya mengambil 90% atau RM450 sebagai punggutan premium pendapatannya.
3. Selebihnya 10% yang berjumlah RM50 wajib di berikan kepada syarikat Reinsurance (MNRB)

Proses pemberian wajib premium kepada syarikat Reinsurance (MNRB) di panggil 'Insuran Semula atau Reinsurance. MNRB mempunyai tanggungan sebanyak 10% ke atas polisi yang diambil oleh Unclej jika berlaku tuntutan kemalangan.

* Boleh call UncleJ untuk pertanyaan tentang Insurance Motor.

Jika berlaku tuntutan insuran (claim)

Katakan jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kerosakan pada kereta, katakan jumlah tuntutan RM8,000.

1- Kurnia akan membayar tuntuntan sebanyak RM8,000 kepada pihak Workshop.
2-MNRB pula akan membayar 10% atau RM800 kepada Kurnia sebagai jumlah tanggungannya.
3- Jadi jumlah yang menjadi tanggungan Kurnia ialah cuma RM7,200 sahaja.

Setiap polisi insuran sama ada motor/kenderaan, kebakaran, kemalangan, perkapalan, kejuruteraan dan lain-lain yang di terima oleh semua syarikat Insuran di Malaysia WAJIB diberi sebahagian premiumnya kepada syarikat Reinsurance (MNRB) mengikut kadar yang telah ditetapkan di atas garis panduan Bank Negara Malaysia. Pihak MNRB mempunyai tanggungan terhadap semua tuntutan mengikut kadar yang telah di tetapkan. Dengan lain perkataan yang mudah di fahami MNRB berkongsi premium dan berkongsi tuntutan. Jika premium yang diterimanya pada kadar 20% maka tuntutan yang di tanggungnya juga 20% begitu seterusnya.

Satu lagi insuran yang WAJIB diambil ketika membeli rumah ialah Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA). Faedah insuran ini ialah segala baki pinjaman perumahan kita akan dibayar oleh pehak Insuran apabila pemegang polisinya meninggal dunia atau hilang upaya kekal (macam kes tuan blog nii (^_^). Dengan lain perkataan rumah yang dibeli oleh pemegang polisi akan menjadi hak warisnya tanpa perlu menyelesaikan baki pinjaman jika terjadi sesuatu kepada pemegang polisi.

Setiap perkerja (mungkin swasta saja) di lindungi juga oleh majikan (mengikut budibicara majikan) dengan insuran kemalangan atau insuran kelompok/insuran hayat (Group Life Insurance). Kadar bayaran untuk tuntutan insuran hayat ialah 60 kali gaji terakhir pekerja jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada pekerja. Contohnya jika perkerja bergaji RM4000 semasa kejadian berlaku maka pihak Insuran akan membayar sejumlah RM240,000 kepada warisnya atau pekerja jika hidup (untuk hilang upaya kekal).

Lain pula dengan insuran kemalangan. Jumlah tuntutan bergantung kepada kecederaan yang berlaku. Pada kebiasaannya jumlah tuntutan tidak sebegitu banyak jika pemegang polisi hanya mendapat kecederaan minima atau hilang upaya sementara.

Satu lagi insuran yang penting pada kita ialah Insuran Nyawa atau lebih mesra di panggil Insuran Hayat. Ia melindungi pemegang polisi sekiranya berlaku kemalangan atau kematian. Faedah insuran ini bergantung kepada jenis dan jumlah yang kita carum. Besar premium yang dibayar besarlah jumlah perlindungannya. Terdapat juga faedah kemasukkan ke hospital (hospitalised benefit) di dalam perlindungannya. Pemegang polisi akan dibayar faedah harian selama mana dia dirawat di hospital. Contohnya jika faedah kemasukan hospitalnya RM50 sehari dan jika dirawat selama 10 hari, maka kita akan menerima sejumlah RM500. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal pihak Insuran akan membayar sekaligus mengikut jumlah perlindungan yang diambil.

Kos rawatan, surgeri dan kos penginapan bilik semasa dirawat tidak di lindungi didalam Insuran Hayat (jika tidak silapku). Untuk menampung kos ini kita perlu ada 'Medical Card' atau Kad Perubatan sebagai sampingan. Tanpa Medical Card segala kos perubatan menjadi tanggungan kita.

Aku bukan ejen insuran tapi apa yang kucatat ini adalah pengalaman yang kulalui. Aku telah merasai sebahagian produk insuran di atas. Kos rawatan ku dahulu selama 6 bulan di rawat di hospital mencecah RM240 ribu. Perlindungan Medical Card ku berjumlah RM75 ribu (MNRB bayar) habis di gunakan dalam masa sebulan pertama ku dirawat di ICU. Aku bernasib baik mempunyai majikan yang mesra alam yang menanggung keseluruhan kos rawatanku. Baki pinjaman perumahanku turut di bayar oleh insuran melalui insuran MRTA.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Dapatkan perlindungn Insuran anda. (^_^)

6 comments:

UncleJ November 23, 2007 2:58 AM  

A good piece on insurance bro...well written and easy for laymen to understand..well done bro !!

tapi apsal pulak UncleJ tu jadik contoh? hehehehe..

sy pun nak kira pengalaman dlm insurans ni byk jugak..i was a life insurance agent before, lama jugak, ..dan skrg terlibat dgn insuran motor pulak..any queries on motor insurance boleh bg tau saya..

see..we have so many in common..no wonder we can get along quite well...hihi

eh apsal sy tulis omfutih plak nih?? ekekeke..sorry bro...

Jie November 23, 2007 7:55 AM  

sy suka entry ni ks...bangga sekali, walaupun dlm kepayahan menaip, KS dpt menyampai sesuatu yg berguna bermanafaat secara langsung kepada pengunjung blog...saya suka...saya suka....yeh...yeh...joget² dpn ks la pula...malunya :p



p/s thanks krn izinkan UJ bg no hp ari tu, tp blm sempat sy nk cal, sy dah boleh buat header tu, ingat nk tanya ttg tu la... hehehe.. sebenarnya kesian nk kacau ks, takut saya mgkn salah masa...tp kita bersms boleh kan...?

Acik Aminbakish November 23, 2007 9:42 AM  

menarik info ni. Memang saya sedang mendalami maklumat tentang insurans sekarang ni.

KS, sebelum ni saya suka lari2 atau menyorok kalau agen insuran datang tempat kerja. terus-terang kadang-kadang rimas. :)

tapi persepsi saya berubah bila abang saya jatuh dan lumpuh dari bahu ke bawah (slipped disc). Untung dia ada insurans, dapatlah dia mendapatkan rawatan yang lebih baik di hospital swasta. Sebelum tu, di hospital kerajaan, doktor tak buat tindakan lepas sehari dia dimasukkan :(.

K@ssim Sel@m@t November 23, 2007 3:28 PM  

>unclej
sesekali nak gak cite psl info sikit asik nostalgia jer.
sori guna nama sbg contoh...hehehe

wah...org insuran gak yer! bole ler bagi diskaun yer..hutang bole ke? hehehe

>jie
sy suka sy suka yeay yey (sambil joget2) sbb dpt suka kan jie.

Ooo nak tanya ek! huhuhu sy tak boleh ber sms sbb jari tak boleh tekan huruf kat henpon...kecik sgt panel dia, terpaksa mintak ihsan anak utk taip.

>acik aminbakish
sy pun dulu lari2 gak bila agen insuran dtg/call.
tapi bila dah sakit baru terasa penting nyer insuran ini.

ooo ada abang yg lumpuh gak yer...simpati sy.
kalau service terbaik...hospital swasta ler jadi pilihan.

Anonymous,  August 13, 2010 9:30 AM  

saya beli moto yamaha ZR125. 3 bulan pakai dah hilang. Aku claim insuran P&O. 4 bulan aku diberi tuntutan RM4800. Sedangkan harga motor RM6900. Aku pinjam dengan AEON Bank dan sehingga kini dah bayar selama 7 bulan sebanyak RM333sebulan (mulai Disember 2009 - Ogos 2010). Sekarang (Ogos 2010)masih ada hutang RM5200. Apa yg saya dapat?... susah dan kena bayar.. Minta komen... Kenapa harga motor hanya diberi RM4800 sedangkan insured sebanyak RM6600

Silent Reader May 06, 2013 6:26 AM  

salam, bagus info ni…
tak semua org sedar mcm mana pentingnya insuran pada kita. Ramai org kita ingat ins tu just buang duit je, diaorang x tau lagi sebenarnya ins tu simpanan n boleh dapat semula dengan return sekali. Kalau apa2 jadi kat pembayar pun ins akan FREE utk org yg di insuran kan tu. Dengan min RM100 boleh dapat coverage sampai RM1,000,000 pun ramai yg tak nak..

bukan tu je, gi klinik pun free…

Sapa2 yg nak tau lebih lanjut boleh call, whatsapp, wechat, emel, sms saya. saya buat free quoation sekali.

ahmad
013-2425430
camunsif@yahoo.com

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP