Sepat Ronggeng & Kenangan Lalu
>> Monday, October 26, 2009
Malam semalam aku menonton cerekarama di TV3, yang bertajuk 'Sepat Ronggeng'. Aku memang jarang menonton drama² di Tv. Tapi tajuk drama malam tadi menarik perhatianku sehingga aku sanggup menutup laptopku hanya kerana untuk memberi tumpuan kepada drama itu.
Jalan ceritanya biasa² saja. Tiada mesej pun di dalam drama itu. Cuma aku suka dengan gelagat para pelakonnya dengan pakaian ala² tahun 60an. Bermotor Vespa dan berbaju kotak² di selang seli dengan lagu² Alahyarham P.Ramlee dan Saloma. Aku tersenyum menontonnya.
Petang tadi isteriku menghampiri katilku dengan sepinggan nasi berlaukkan ikan sepat masin. Aku tersenyum ketika nasi disuapkan ke mulutku.
Isteriku bertanya, "Kenapa tersenyum?"
"Ikan sepat masin ni, teringat drama semalam," jawabku.
Sememangnya aku mengemari ikan masin ini. Lebih² lagi jika dimasak gulai lemak dengan nenas.
Sambil nasi disuapkan ke mulutku, aku perhatikan wajah isteriku sambil melemparkan senyuman. Senyumanku hari ini bukan senyuman biasa² tapi seperti senyuman seorang lelaki yang ada menyimpan perasaan kepada seorang gadis. Senyuman bermakna...
"Kenapa tersenyum? Senyum sebab Ain tak tanggalkan apron ini ya?" tanya isteriku.
"Taklah! Tadi sebelum Ain datang abang tengok kembali album gambar perkahwinan kita dahulu," jawabku.
Satu persatu helaian album gambar kutatapi. Rakaman gambar² di malam pernikahan dan di hari persandingan. Hampir dua puluh empat tahun usia gambar² ini. Terasa ingin aku kembali ke zaman itu. Fikiranku berlegar-legar mengimbau saat² manis ketika bergelar raja sehari.
"Menurut kata Dr. Fadillah Kamsah, untuk mengembalikan semangat orang yang sakit, tunjukkan kembali gambar² ketika dia sihat dahulu," kataku sambil menikmati ikan sepat masin.
Beberapa hari lalu aku menonton rancangan di Astro yang di hostkan olehnya. Topiknya berlegar dengan kisah penjagaan orang sakit. Banyak tips² yang diberikan untuk si penjaga pesakit.
Kata Dr. Fadillah lagi, "Putarkan kembali lagu² kegemaran si pesakit. Ini boleh memberikan kekuataan dan semangat kepada pesakit."
Hemmm....aku putarkan lagu² kegemaranku di sini bersama kenangan lalu.
Nota Kaki : Maaf belum kesempatan untuk membalas komen di entri lalu dan di mesej box.
Jalan ceritanya biasa² saja. Tiada mesej pun di dalam drama itu. Cuma aku suka dengan gelagat para pelakonnya dengan pakaian ala² tahun 60an. Bermotor Vespa dan berbaju kotak² di selang seli dengan lagu² Alahyarham P.Ramlee dan Saloma. Aku tersenyum menontonnya.
*******************
Petang tadi isteriku menghampiri katilku dengan sepinggan nasi berlaukkan ikan sepat masin. Aku tersenyum ketika nasi disuapkan ke mulutku.
Isteriku bertanya, "Kenapa tersenyum?"
"Ikan sepat masin ni, teringat drama semalam," jawabku.
Sememangnya aku mengemari ikan masin ini. Lebih² lagi jika dimasak gulai lemak dengan nenas.
Sambil nasi disuapkan ke mulutku, aku perhatikan wajah isteriku sambil melemparkan senyuman. Senyumanku hari ini bukan senyuman biasa² tapi seperti senyuman seorang lelaki yang ada menyimpan perasaan kepada seorang gadis. Senyuman bermakna...
"Kenapa tersenyum? Senyum sebab Ain tak tanggalkan apron ini ya?" tanya isteriku.
"Taklah! Tadi sebelum Ain datang abang tengok kembali album gambar perkahwinan kita dahulu," jawabku.
Satu persatu helaian album gambar kutatapi. Rakaman gambar² di malam pernikahan dan di hari persandingan. Hampir dua puluh empat tahun usia gambar² ini. Terasa ingin aku kembali ke zaman itu. Fikiranku berlegar-legar mengimbau saat² manis ketika bergelar raja sehari."Menurut kata Dr. Fadillah Kamsah, untuk mengembalikan semangat orang yang sakit, tunjukkan kembali gambar² ketika dia sihat dahulu," kataku sambil menikmati ikan sepat masin.